Tuesday, November 16, 2010

Sejarah Punk Rock

Rock punk
Rock punk
Asal stilistik:
Asal budaya:
pertengahan 1970-anAmerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia
Alat muziktipikal:
Vokal - Gitar - Bes - Dram- kadang-kadang dengan alat music lain
Kepopularan arus perdana:
Menduduki tangga teratas di UK pada penghujung 1970-an. Kejayaan komersial antarabangsa pop punk dan ska punk, pertengahan 1990-an hingga 2000-an.
Bentuk-bentuk terbitan:
Subgenre-subgenre
Genre-genre gabungan
Rock punk merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini. Band yang memulakan rock punk, The Ramones telah membawa dimensi baru muzik rock dalam eranya. Rock n roll yang pantas dan tidak kompleks, tidak banyak polishing bunyian dan berkarat (raw). Seterusnya Sex Pistol di Britain dan the Clash membuka lembaran rock dalam suasana punky dan rebelious, dan mempopularkan budaya punk. Bad Religion yang politikal, Nofx yang sarkastik, The exploited yang anarki sehinggalah kepada R.E.M yang puitis.
[sunting]Rock punk di Malaysia
Di Malaysia rock punk dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia. Walaupun Carburetor Dung lebih senior. Carburetor Dung kemudiannya merilis sebuah album di bawah label VSP berjudul "Songs for friends" pada 1993. Subculture pula dengan album "Love and hate" di bawah naungan label yang sama.
Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti the Bollock, acid rain, The expired, Splatters, A.C.A.B, Chaos Head Vomit, ART dan lain-lain.Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.
Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, The Official, A.C.A.B dan juga Skin. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.
[sunting]Senarai band-band rock punk di Malaysia
§  The Pilgrims
§  Subculture
§  Y2K
§  Nuras
§  The Royal Stoneriver
§  One Buck Short
§  Carburetor Dung
§  JBH
§  LUNATIC CHAOS( MIZI)
§  Stubborn (baru)

1 comment:

  1. kau tgk balik asal rock music dari siapa, tgk blog aku. modern satanism. alester crowley, rock started originally from him tau beb.

    ReplyDelete