Thursday, January 27, 2011

Ayat al-Quran muncul pada kulit bayi

Kali ni aku nak share sebuah berita yang unik untuk korang. Iaitu ayat suci al-Quran yang muncul pada kulit bayi.jom...
budak%20kecik%201 Ayat al Quran Pada Kulit Bayi
Si Comel Ali Yakubov

MOSCOW – Majlis Mufti Russia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Russia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Russia dan Dagestan.Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi
ayat%20al Quran%202 Ayat al Quran Pada Kulit Bayi
Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi
ayat%20al Quran%203 Ayat al Quran Pada Kulit Bayi
MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Russia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Russia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
budak%20kecik%202 Ayat al Quran Pada Kulit Bayi
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia. Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Russia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
“Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,” kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. – Agensi

Tips Melajukan Loading Blog : Gunakan Slash (/) pada URL

speed blog load time Tips Melajukan Loading Blog Part 3 : Gunakan Slash pada URLLink berbentuk http://www.domain.com/tentang akan menyebabkan loading blog anda perlahan kerana link tersebut tergantung. Jika link anda tergantung, server mengambil masa untuk menentukan jenis file ataupun lama web pada alamat tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini(ataupun sekiranya url anda berpenghujung dengan .html) tukarkan permalink anda seperti yang sepatutnya iaitu tanda slash (/) pada hujung URL.
slash%20salah Tips Melajukan Loading Blog Part 3 : Gunakan Slash pada URL
Setting Yang Kurang Betul...
slash%20betul Tips Melajukan Loading Blog Part 3 : Gunakan Slash pada URL
Gunakan Slash Pada Hujung URL baru betul...
Jika anda menggunakan slash, server sudah tau apa yang terkandung pada link tersebut dan ini akan mengurangkan masa pencarian. Slash ibarat penutup sah kepada pencarian server. Saya ada nyatakan DISINI untuk penggunaan Permalink yang sesuai.

Tuesday, January 18, 2011

Rahsia Mata Wang Dollar Amerika

Tragedi 9/11 (September 11) dimana gedung kembar PWTC di New York runtuh dirempuh oleh dua buah pesawat, dan markas pertahanan keamanan militeri Amerika, Pentagon juga rosak dirempuh pesawat. Tapi benarkah begitu? Begitu mudahnya bangunan-bangunan kukuh berkonstruksi baja itu dapat tumbang? Memang ada perhitungan teori fisikal yang membuat hal itu mustahil terjadi. Tapi aku takkan menjelaskan hal itu saat ini. Sekarang kita bahas saja hal yang lebih tidak masuk akal daripada itu.
Amerika Syarikat berdiri kurang lebih 450 tahun yang lalu. Dimana saat itu ditetapkannya pula mata wang Amerika Syarikat yang berwarna hijau itu. Dan sejak 450 tahun yang lalu pula mata wang Amerika tidak pernah ditukar.
Sekarang cuba kita telaah mata wang yang sejak 450 tahun yang lalu itu belum berubah bentuknya.
Dimulai dari wang 20 Dolar.

Ini wang 20 Dolar Amerika.

Sekarang kita cuba lipat. (Ingat bahwa mata wang ini belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu)

(Kalau korang ada wang 20 Dolar Amerika, boleh cuba.) Sekarang kita cuba lipat lagi. (Sekali lagi aku ingatkan bahawa mata wang ini belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu.)

(Sekarang kita lipat lagi seperti ini. (Sekarang kita bukan sedang belajar membuat origami ok!)
Kalau sudah…sekarang lipat lagi seperti dibawah ini, dan lihat hasilnya..maksudnya lihat gambar yang dilingkari ini.

Apakah itu???
Itu adalah gambar Pentagon setelah dirempuh pesawat. Lihat gambar gedung yang berasap itu!
Kalau masih belum percaya, akan aku jelaskan lagi.

Sama kan?? Untuk kali ini terbukti bahwa wang 20 Dolar Amerika menyimpan rahsia tentang konspirasi penghancuran Pentagon. (oleh siapa? Mata wang ini kan kepunyaan Amerika sendiri??)
(Sekali lagi aku ingatkan bahawa mata wang ini belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu)
Cukup untuk pesan terselubung Pentagonnya. Sekarang kita ke New York dengan 20 Dolar yang setengah kusut ini, untuk melihat ada apa di sana.
Masih di 20 Dolar Amerika yang belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu.
Sekarang kita pakai sisi lain dari wang 20 Dolar ini.
Langsung saja lipat seperti gambar di bawah! (Ikuti instruksi!)

 Kita lihat hasil karya lipatan kita… Kok begini???

Sepertinya aku kenal gedung itu!
Ya, benar sekali…itu adalah gedung kembar PWTC New York yang sekarang tinggal kenangan itu.
Masih belum percaya?? Lihat ini!

(Ingat bahwa mata wang ini belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu) Bahagian sebelah kiri dirempuh oleh Flight 175 dari United Airlines yang meluncur dari sebelah kanan gedung. Sementara bahagian sebelah kanan dirempuh oleh Flight 11 yang dimiliki American Airlines yang meluncur dari sebelah kiri. Lihat tulisan di kanan dan di kiri wang, yang lengkapnya adalah The United State of America. (Memangnya 450 tahun yang lalu kedua perusahaan penerbangan itu sudah ada? Jawapannya, tentu saja belum. Bahkan kedua gedung itu -pentagon dan PWTC- bahkan belum dibangun.)
Sekarang kita bahas bahagian yang paling aneh dari 20 Dolar kita ini.
Lihat baik-baik gambar ini!

 Sudahkan 450 tahun yang lalu OSAMA BIN LADEN lahir?? (Jangankan OSAMA, Opah dia saja belum lahir.)
Untuk rahsia dibalik 20 Dolar ini, boleh ditemukannya dari kode :
911 (September 11) >> 9 + 11 = 20
Jadinya 20 Dolar!
Cukup untuk 20 Dolar, kerana sudah kusut kita lipat-lipat sekarang kita tukarkan wangnya dengan sebuah 5 Dolar dan sebuah 10 Dolar. Lihat ini!

Dalam 5 Dolar Amerika yang belum pernah diubah sejak 450 tahun yang lalu juga terdapat rahsia penghancuran PWTC New York. Sekarang kita lihat wang 10 Dolar!

Gedung pertama PWTC yang sudah berasap.Tak puas Lagi??
Ini PWTC saat bangunannya runtuh.  Kita gune lagi 100 Dolar pulak !.


Ini asap gambar asap dari PWTC yang telah runtuh. Detail sekali mereka membuat pesan terselubung ini! Sampai-sampai gambar asapnya saja tidak lupa dibuat. Sudah cukup melipat-lipatnya, kalau terlalu kusut nilai Dolar yang kita punya jatuh. Tahukah kamu siapa yang membuat pesan terselubung ini??? Jawapannya ada di wang 1 Dolar!

Cuba lihat 2 lambang yang ada di dalam 2 lingkaran itu!!

 Ini lambang ILLUMINATI, iaitu organisasi super rahsia milik YAHUDI.
Lihat lambang MATA HORUS dan TULISAN “NOVUS ORDO SECLOHUM” yang ertinya “NEW WORLD ORDER” atau “TATA DUNIA BARU” Mau di jadikan apa kita sama orang-orang ZIONIS Yahudi itu??
Terus lihat yang ini!! Lambang bintang-bintang yang ada di atas kepala burung itu!

Bintang-bintang itu membentuk suatu lambang, iaitu lambang “DAVID STAR” lambang kebanggaan YAHUDI. Oh ya, untuk diketahui nombor pesawat Flight 11 yang merempuh PWTC adalah :
Q33NY
Cuba korang copy paste nombor ini ke OFFICE WORD dan ubah font-nya ke WINGDINGS.
Nanti hasilnya seperti ini…

Ertinya PESAWAT >> MEREMPUH 2 GEDUNG >> KORBAN BERGELIMPANGAN >>> DAN PELAKUNYA ADALAH 'Y'
(Korang pasti kenal dengan lambang ini)
 
 
P/S : Dapat dari sumber yang boleh dipercayai...

Monday, January 17, 2011

Saat Iblis Bertemu Rasulullah

Notes :
Kisah di bawah ini, masih belum aku dapat pastikan apa kejadian ini memang dialami Rasulullah SAW, atau hanya kisah yang menginspirasi. Aku belum dapat menemukan kesahihan nya. Namun lepas dari membacanya, ambillah pelajaran dari kisah ini. Semoga dapat membantu dan saling mengingatkan dalam kebaikan.Salam.


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman  seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari  luar rumah: “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan  membutuhkanku.”
Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang  memanggil?”
Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih  tahu.”
Beliau melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah  bersamanya.” 
Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai  Rasulullah”.
Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah  kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih  baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah  untuk ini,  pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan  baik.”
Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka,  ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut  seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya  seperti bibir sapi.
Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu  para hadirin…”
Rasulullah SAW lalu menjawab:  “Salam hanya  milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa  keperluanmu?”
Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas  kemauanku, namun karena terpaksa.”
“Siapa yang  memaksamu?”
Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku  dan berkata:
“Allah  SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan  diri.beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. jawabalah  dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau  berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup  angin.”
“Oleh  karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku  berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah  SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur,  siapakah manusia yang paling kau benci?”
Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk  Allah yang paling aku  benci.”
“Siapa  selanjutnya?”
“Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi  kepada Allah SWT.”
“lalu siapa  lagi?”
“Orang Aliim dan wara’  (Loyal)”
“Lalu siapa  lagi?”
“Orang  yang selalu  bersuci.”
“Siapa  lagi?”
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah  mengeluhkan kesulitannnya kepda orang lain.”
“Apa tanda  kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya  kepada orang lain selama 3  hari, Allah akan memberi pahala orang -orang  yang sabar.”
” Selanjutnya  apa?”
“Orang kaya yang bersyukur.”
“Apa tanda  kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan  mengeluarkannya juga dari tempatnya.”
“Orang seperti apa Abu  Bakar menurutmu?”
“Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam  Islam.”
“Umar bin  Khattab?”
“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”
“Usman bin  Affan?”
“Aku  malu kepada orang yang  malaikat pun malu kepadanya.”
“Ali bin Abi  Thalib?”
“Aku  berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan  aku melepaskannya. tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

 

Amalan Yang  Dapat Menyakiti Iblis

“Apa yang kau rasakan  jika melihat seseorang dari umatku yang hendak  shalat?”
“Aku  merasa panas dingin dan gemetar.”
“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x  kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”
“Jika seorang umatku  berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia  berbuka.”
“Jika ia berhaji?”
“Aku  seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.”
“Jika ia  bersedekah?”
“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku  dengan gergaji.”
“Mengapa bisa begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya.  Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak  akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam  musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan  pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan  Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan  tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar di waktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam – diam.”
“Apa yang dapat menusuk  matamu?”
“Shalat fajar.”
“Apa yang dapat memukul  kepalamu?”
“Shalat berjamaah.”
“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majelis para ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”

 

Manusia Yang Menjadi  Teman Iblis

Nabi  lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai  Iblis?”
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?”
“Pezina.”
“Siapa teman  tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa  tamumu?”
“Pencuri.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan  cerai.”
“Siapa  kekasihmu?”
“Orang  yang meninggalkan  shalat jumaat”
“Siapa manusia yang paling  membahagiakanmu?”
“Orang  yang meninggalkan shalatnya dengan  sengaja.”

 

Iblis Tidak Berdaya Di  hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu  bersabda : “Segala puji bagi Allah  yang telah membahagiakan umatku dan  menyengsarakanmu.”
Iblis segera menimpali:
“Tidak,tidak.. tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia  dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan  mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga  hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua.  Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang shaleh, kecuali hamba  Allah yang  ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas  menurutmu?”
“Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa  barang siapa yang menyukai  emas dan perak, ia bukan orang yang  ikhlas. "
"Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan  dirham, tidak suka pujian  dan sanjunang, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku  meninggalkannya. "
"Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan  dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh  padaku.”

 

Iblis Dibantu oleh 70.000 Anak-Anaknya

“Tahukah kamu  Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki  70.000 syaithan.
Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk  menggangu anak – anak muda, sebagian untuk menganggu orang -orang tua, sebagian untuk  menggangu wanta – wanita tua, sebagian anak -anakku juga aku tugaskan  kepada para Zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. tanpanya,  manusia tidak akan  mengantuk pada waktu shalat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di  mata orang yang sedang  mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya  terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan  kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan  terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaithan  duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang  memandanginya.”
Syaithan juga berkata, “keluarkan tanganmu”, lalu  ia mengeluarkan tangannya lalu syaithan pun menghiasi  kukunya.
“Mereka, anak – anakku selalu meyusup dan berubah dari satu  kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda  manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya  mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada  rahib yang telah beribadat  kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya  hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

 

Cara Iblis Menggoda

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari  diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa  bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau  Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah  bahwa aku benar – benar menasihatinya.
Sumpah dusta adalah  kegemaranku.
Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba)  kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk  menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan  walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata  cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu  hingga hari kiamat. jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka  hanya karena satu kalimat, CERAI.
Wahai Muhammad, umatmu  ada yang suka mengulur  ulur shalat. Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya  waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia  melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya  kemukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat.  Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun  menoleh. pada saat iatu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya  serta aku katakan ’shalatmu tidak sah’
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam  shalatnya akan dipukul.
Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia  untuk bergegas. ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras.
jika ia  berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan  tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya  sebelum imam.
Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan  wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.
Jika ia berhasil  mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika  ia tidak menutup mulutnya  ketika mnguap, syaithan akan masuk ke dalamdirinya, dan membuatnya  menjadi bertambah serakah dan gila dunia.
Dan iapun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku  memerintahkan orang miskin  agar meninggalkan shalat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib shalat, shalat hanya  wajib untuk orang yang  berkecukupan dan sehat. orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau  shalat.’
Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil  meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan  menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira  dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari  islam?”

 

10 Hal  Permintaan Iblis kepada Allah SWT

“Berapa hal  yang kau pinta dari  Tuhanmu?”
“10  macam” 
“Apa  saja?”
“Aku  minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia,  Allah mengizinkan.”
Allah berfirman,
“Berbagilah dengan manusia dalam  harta dan anak. dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali  tipuan.” (QS Al-Isra :64)
“Harta yang  tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari  makanan haram dan yang  bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama  Allah.
Aku minta  agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan  istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan  anak yang dilahirkan akan  sangat patuh kepada syaithan.
Aku minta agar bisa ikut bersama  dengan orang yang menaiki  kendaraan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan kamar  mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar  sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai  Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman  tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia  jadikan orang yang  membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.”
Allah  berfirman,
“Orang  -orang boros adalah  saudara – saudara syaithan. ” (QS Al-Isra : 27).
“Wahai Muhammad,  aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara  mereka tidak bisa  melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk  mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silahkan”,  dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.
Sebagian besar manusia  bersamaku di hari kiamat.”
Iblis berkata : “Wahai muhammad,  aku tak bisa menyesatkan  orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan  menggoda.
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!!!
Sebagaimana  dirimu, kamu tidak bisa  memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan  amanah.
Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir  pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab  untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang  yang bahagia adalah orang  yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”
Rasulullah SAW lalu  membaca ayat :
“Mereka akan terus  berselisih kecuali orang  yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 -  119)
juga membaca,
“Sesungguhnya  ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab :  38)
Iblis lalu  berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir  telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para  nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin  mahluk  mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si  celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku  sampaikan kepadamu. dan aku tak  berbohong.”
Sampaikanlah risalah ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka mengerti dengan benar, apakah tugas-tugas dari Iblis atau Syaithan tsb. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan dapat mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaithan.
Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat setidak-setidaknya membuat hidup ini lebih nyaman dan membuat tempat serta lingkungan kita lebih aman.

Sunday, January 16, 2011

Pintu Neraka Di Uzbekistan

Fenomena Alam, yang ingin dikongsi ini terletak di Kota Darvaz, Uzbekistan. Sudah hampir 35 tahun kejadian ini berlaku. Menurut penduduk 35 tahun yang lalu terdapat sekumpulan geologis ingin melakukan kajian untuk mencari gali gas asli di kawasan ini.
Mereka memulai pencarian di kota Darvaz itu, tapi setelah berjalan beberapa lama mereka terkejut karena menemukan jurang yang sangat besar, sampai dasar dari jurang ini tidak terlihat. Peralatan mereka juga tidak dapat mencapai dasar dari jurang itu. Terlebih lagi dalam jurang itu dipenuhi oleh gas yang sangat banyak.
Oleh karena terlalu banyak gas ini, mereka berfikir bahawa akan ada gas beracun yang akan keluar dari tempat itu dan mencemari bumi, lalu mereka membakar jurang itu, mereka berpendapat kalau dalam jangka 10 tahun kandungan gas yang ada di dalamnya akan habis, tapi tak disangka-sangka hingga kini jurang itu tetap membara dan tidak ada kemungkinan untuk berhenti. Oleh sebab itu penduduk sekitar menyebut jurang tersebut sebagai “Pintu ke Neraka”.
Aku pernah terbaca kisah-kisah tentang neraka ni. Digambar neraka ini mempunyai jurang yang sangat dalam. Panasnya 70x dari api dunia. Mungkinkah Allah swt ingin memberikan peringatan secara nyata dan gambaran yang jelas kepada manusia melalui “Pintu Ke Neraka” yang terdapat di Uzbekistan ini?

Tak puas hati tengok gambar, tengok video kat bawah pulak – baru real.


Monday, January 10, 2011

Suatu Hari Di Siang Hari

                         'jangan langsi sangat brader '



Assalamualaikum ...

     Ahh..Hari nie tersangat la bosan.Biasela hujung minggu takde aktiviti pulak tuh.Hmm...Tapi aku bukan nak citer pasal aktiviti hujung minggu ker ape kerr , tapi , aku nak citer pasal tanggapan orang terhadap aku.Yah yah yah aku nie bukan nyew bagus sangat ker ape . Itu aku akui . Yelah,No One Perfect beb! . Setiap manusia melakukan kesilapan tak kire lah besar ker kecik . Korang bagi tau aku manusia mane yang tak pernah buat salah ?? ...

    Tapi aku jenis orang rilek jewk.Aku tak suke amek taw pasal masalah orang sebesar kuman nie . Ape kejadahnye masalah yang boleh disetlekan dibesar-besarkan.Tak blaja Sivik ker ape ?? Dah lah,...aku malas nak bising-bising.Sebab,bila aku tego nanti tak pasal-pasal boleh bergaduh.Aku sebenarnya tak suka nak pukol-pukol anak orang nie . Jadi nak elakkan daripada berlakunya fight-fight nie , aku wat dono jela .( aku wat dono ade maksud ).

   Hari tu aku pergi Time Square,sorang-sorang..Biasela, aku memang suke jalan sorang-sorang.Saje nak release tension.Serabot pale otak aku mase tu . Dengan rokok Pall Mall yang aku hisap, fuhh..berkepol-kepol asap.hahaha.(Dengan menghisap rokok dapat mengurangkan tekanan 40%)..Lek jewk jalan dengan kasut adidas , beg selimpang.Tiba-tiba ada lah sekumpulan budak-budak nie , (budak baru nak naik) , dengan bangga nyew dorang sound aku . Dorang tak ramai pon , 5 orang campor ngan cikaro dorang 3 orang ."wey brader,apehal badi2 kite orang ?? kite orang bogel pew ??!!"...... Dalam hati aku "bapak ko ark aku badi ko pon nak melenting..!! ".. Mase tu dorang lepak kat tepi ade satu divider tuh.Aku pon malas nak carik pasal , aku bla ahh,pastuh ade orang sapa aku kt belakang .. Nak taw ape yang dibualkan ?? dialog ada kt bwh nie .. ( aku hafal beb ) ..

Dak poyo : wey,, tadi ko badi-badi aku ker awek aku ??! (sambil pegang bahu aku )
Aku          : ............ ( diam sambil nengok awek lalu lalang )
Dak poyo : wey , aku cakap ngan ko nie ,, kang elak ko kene pump sekali kat sini . ( ingat aku takut la 2 )
Aku          : bro,aku pandang ko , awek ko , ngan member2 ko . ape pasal ??
Dak poyo : asal ko pandang-pandang macam tuh , macam tak puas hati jewk , ko nie dah la pendek ,,
Aku          : aku pendek ade aku nyusahkan ko kerr ? 
Dak poyo : ko jgn la nk langsi sangat ..aku tak takot la derr ... (hati aku da mule panas time nie)...
Aku          :aku rase ko yg langsi ngan aku..ko ngan member ko lalu depan aku tadi ,sape2 pon yg berslisih mesti pandang2 nyew . ko pon kalo nmpak org ko pndang broo...
Dak poyo  : umo ko brape ??  (brani dye tanye)
Aku          : 19 . asal ? brape umo ko ??
Dak poyo : 16 . 
Aku          : bapak ko ark..ko nie agas lagi taw tak ! kang elak aku bedok pale ko ngan pale member2 ko nnti ......! ko nk ??
Dak poyo : ..................(diam seribu makna)
Aku          : laen kali nak sound agk2 ar beb , jgn main lepas , kalo dah kene , baru ko taw langit tu tinggi ker rndah .. Salam .. ( bla )

      Aku paling benci arr kalo macam situasi tadi . Pandang sikit nak gadoh , pandang sikit nak gadoh..Haa,ingt ! Padahal aku pon cuak gak time tuh . hahaha .

     Lagi 1,,korang taw ker makne langsi tuh ??? Tak taw tapi main sebottt jewk !....Banyak arr skrg budak-budak (termasok aku.. tapi aku taw ape maksud langsi tuh) sikit-sikit 'langsi',, sikit-sikit 'langsi'... Pegi dah, tak taw makne main sebot jewk..Aku takkan bitaw maknanyew , korang cari sendiri.korang kan pandai . haha !

    Alamak !! Sori arr geng , aku taip blog pasal kisah aku plak .. hahaha . tak per arr , sebab aku lepaskan geram nie sebenarnye pagi-pagi bute nie .. haha . saje aku nak sampaikan pada korang dan orang-orang tertentu supaya jangan LANGSI sangat .. hahaha . Aku jenis diam je, senang orang pijak kepale aku ,, tapi lepas tuh ,, terima la nasib .. haha .. Jadi,, jangan cuba menjadi  PELAGAK NGERI .... hahaha .Oppss ! lupe aku , cerita aku nih aku tak tujukan pada sesape , just untuk korang bace SAHAJA ! hahahaha . Kita hidup didunia hanya sementara ,di akhirat lah tempat kita yang abadi . aku bukan ustaz nak ceramah. tapi sekadar memberi nasihat. Nasihat adalah lebih baik daripada melihat .. Jadi , tak salah kita jika menegur dan menasihati kesalahan seseorang itu dengan apa cara sekalipun.Terima atau Tak terpulang pada individu tersebut..Lagipun itu adalah sunnah nabi..
Aku pon bukan nyew nak tunjuk alim sangat ... sekadar melepaskan titik peluh di siang hari . ( tak paham bahasa tak pe ) .. hehehehee..

Salam Dari Anak Jati Johor : Amirul Asyraf Bin Abdullah ..





   

     




   

Saturday, January 8, 2011

Kisah Seorang Anak Derhaka Kepada Ibunya

Kisah aku dapat dari Internet.Aku ringkaskan supaya terang dan jelas.Moga timbul keinsafan pada diri kita semua... 
Dari kisah nyata .


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 2003. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," aku menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham lah," jawab aku. Memang aku tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakana itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu? " aku bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar di ibu kota. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak...! kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,!" kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" Kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya
itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata aku. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Aku terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya aku berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya aku tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib aku memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan aku.


" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " aku memanggil, Raie yang perasan aku memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " aku bertanya sebaik saja dia datang ke arah aku.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." aku memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, aku menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada aku berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya aku sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan aku. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya aku tidak dihalau. Alhamdulillah, aku lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil aku lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk ke dalam, dada aku serta-merta terasa sebak. Aku lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;

"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, Saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Aku lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, Dosa Menderhakai Ibu Bapa Akan Di Balas 'TUNAI'.

Malangnya aku tidak dapat lama di sana . Dalam 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu aku berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas aku menoleh buat kali terakhir. Aku lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Aku lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Aku pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga aku.

 Aku diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.