Thursday, May 26, 2011

Renung Sebentar . ( smoking area )

cermin diri sendiri sebelum mengata orang
cermin diri sendiri sebelum mengata orang
Hari ini saya tersentap yang cukup mengesankan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya “Hamba Allah“. Saya tidak pasti dari mana atau siapa sebenarnya “Hamba Allah” ini. Tapi satu yang saya pasti, dia merupakan orang MELAYU .. Hehehe ....
Beliau meluah kebimbangan terhadap penulis blog dewasa ini yang suka menulis aib orang lain, kononnya berdiri atas tiket nasihat termasuklah blog saya. Mari kita lihat isi tersebut :
sebenarnya tidak perlu nasihat ditulis dalam blog masing-masing. sekiranya anda tidak berpuas hati mengenai isu yang cuba disampaikan oleh seseorang atau mungkin perangai buruk penulis lain, tulis hanya diruangan komen yang disediakan. membuat satu artikel khusus untuknya yang kononnya sebagai nasihat adalah tidak relevan dan mengarut. pada saya ia hanyalah seperti menyelak kain sarung orang lain dan berniat memalukan individu tersebut. apa lagi bila teguran itu menyentuh terus isu sensitif dan secara terang-terangan menyebut nama dan gambaran empunya badan yang dikritik.
kenapa perlu sibuk dengan dosa yang bukan anda tanggung? mungkin betul menegur adalah salah satu usaha yang diharuskan dalam agama tapi yakinkah kita bahawa itu adalah satu teguran yang baik dan sebenar-benar teguran. pendek kata bebas daripada sebarang ayat yang boleh mengaibkan?
setidaknya menegur dan menghina itu berbeza bukan.
kalau nak menegur pun biarlah secara ilmiah dan umum sebagai panduan bersama. bukannya dengan memberikan sasaran. jangan lupa… hari ini kita mengaibkan orang lain. besok lusa giliran kita pula untuk diaibkan.
lagi pun siapalah kita untuk memperbetulkan orang lain? cuba tanya diri sendiri sempurna sangatkah kita sehingga semua kesalahan orang lain hendak diperbetulkan. inilah yang berlaku kepada masyarakat kita kini,(MELAYU) kita sibuk memperbetulkan orang lain di tempat kerja, pada hal anak di rumah kurang ajar… seperti kata peribahasa kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.
Saya terdiam sejenak, bukan disebabkan oleh isi kandungan di atas, tapi tersedar betapa jahilnya saya kerana gagal melihat cermin selama ini. Kalau difikirkan kembali, terlalu berat rasanya memikul kekhilafan yang telah saya buat semata-mata mengejar topik yang hendak diperbincangkan. Kalau boleh semua huruf diteliti secara terperinci untuk mencari kesalahan orang lain. Betapa jahilnya diri ini.
Terima kasih “Hamba Allah“, anda telah membuka pintu hati saya untuk cium tapak tangan sebelum memperbetulkan orang lain. 
p/s : diizinkan untuk share . Assalamualaikum ..  :)

No comments:

Post a Comment