Tuesday, June 7, 2011

Fitnah Dan "Sumpah" ???

Menuduh orang melakukan zina adalah tuduhan yang amat berat di sisi Islam.
Menurut Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, ilmuan yang punya autoriti dalam bidang syariah; orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dengan empat orang saksi yang adil dan tidak fasiq. Ini adalah ketetapan Allah SWT yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia bersih dari sebarang tuduhan.

Jika semua amalan mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidak perlu diwujudkan mahkamah, hakim mahupun polis. Pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya, sistem kehidupan negara akan menjadi porak peranda.

Sumpah bagi orang-orang munafik adalah perkara biasa, seperti dijelaskan Allah SWT di dalam al-Quran, bermaksud “Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan hartanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka kerjakan” –(Al-Munafiqun:2)

Sifat orang-orang munafik ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu mereka sebenarnya sering dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong.

Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud “Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong) (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk). Mereka menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmat-Nya. Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsumua dari kebenaran) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.” –(Al-Munafiqun:3-5).

Bangsa adalah apa yang tersisa dari moralnya, jika moralnya hilang,maka bangsa juga akan turut hancur.Kata-kata itu adalah ungkapan para pemikir silam. Kata-kata itu tidak
hanya dituju kepada lingkungan mereka dizaman itu, bahkan sesuai untuk sepanjang
zaman. Sumpah laknat hanya boleh dilakukan suami isteri saja, yakni kerana suami
membuat tuduhan zina dan isteri perlu bersumpah untuk menolak tuduhan
itu."Sumpah" bukan cara terbaik untuk menegakkan kebenaran,kerana semua orang boleh bersumpah dan "sesetengah orang" melakukannya kerana "mereka" beranggapan tidak perlu takut dengan sumpah.

Allah SWT Maha Kaya, Dia penguasa sekian alam. Dia berkuasa melaknat
atau tidak melaknat sesiapa yang Dia kehendaki. Barangkali diantara kita ada yang mahukan individu yang bersalah itu menerima hukuman dari Allah SWT di dunia setimpal dengan perbuatannya supaya yang lain dapat menyaksikan balasan itu serta menjadi iktibar kepada yang lain, TETAPI ,,bagaimana andainya bala dari Allah itu menimpa seluruh makhluk didunia dimana kita sendiri pun tidak menyangka bagaimana bentuk musibah tersebut.Musibah atau bala bila tertimpa ia tidak mengenal orang jahil atau beriman,kesemuanya terkena.Dan musibah juga pelbagai.Musibah jenis apa kita tak tahu.Itu semua kerja yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment