Thursday, February 24, 2011

Bahu

 Assalamualaikum , 
hey2 . suda lame aku tak update blog niee . haa . aku ade cerita nak 'share' ngan korang . Boley buat teladan citer nie . aku dpat dari sebuah artikel . tapi ! aku olah balik sebab bnyak yang di luar pemikiran kita . jadi , ini saja yang dpat aku share ngan korang dari ape yang aku fahami dan pelajari dari kesilapan lalu .. renung-renungkan ...... :)


"Ibuku selalu bertanya padaku, apa bahagian tubuh
yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu
member jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku pikir SUARA adalah yang
paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku
jawab, "Telinga, Bu." Tapi, ternyata itu bukan
jawapannya.
"Bukan itu, Nak. Banyak orang yang tuli. Tapi,
teruslah memikirkannya dan aku akan menanyakan lagi nanti."
Beberapa tahun kemudian, aku mencuba menjawab,
sebelum dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan
pertama, kini aku yakin jawapan kali ini mesti
betul. Jadi, kali ini aku memberitahukannya. "Bu,
penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi
pastilah mata kita."
Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan
cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana banyak
orang yang buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan
baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya
padaku beberapa kali dan jawapan dia selalu,
"Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke
tahun, Anakku."
Akhirnya tahun lalu, kakakku meninggal. Semua
keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku
menangis. Aku sangat ingat itu kerana itulah saat
kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk
mengucapkan selamat tinggal pada kakak.
Ibu bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa
bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti
ini. Aku sering berpikir, ini hanyalah permainan
antara Ibu dan aku.
Ibu melihat kebingungan di wajahku dan
memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan
menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar
"hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu
salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa.
Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus
mendapat pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat
matanya penuh dengan air. Dia berkata, "Sayangku,
bahagian tubuh yang paling penting adalah BAHUMU."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk
menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat
menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu
sayangi ketika mereka menangis.Aku cuma berharap, kamu punya cukup
kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu
punya bahu untuk menangis bila pun kamu
memerlukannya."




 



Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling
penting adalah tidak menjadi orang yang
mementingkan diri sendiri. Tapi, bersimpati terhadap
penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang
akan melupakan apa yang kamu KATAKAN. Orang akan
melupakan apa yang kamu LAKUKAN. Tapi, orang TIDAK
akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka BERERTI..

No comments:

Post a Comment